Thursday, May 26, 2011

Kalki Avatar

semenjak aku masok form 6 ni banyak benda baru yang aku belajar.tak kira la kat skola ka kat luar ka.aku banyak belajar tentang agama lain selain islam.bukan aku berminat nak masok agama lain.aku sayangkan islam dan aku cintakan Allah tapi aku belajar semua tu untuk memperkukuhkan iman aku yang tak berapa nak kukuh.terbaru ni,ada sorang ustaz datang bagi ceramah dekat Karnival Ria Peladang.uztaz tu ada cakap dalam kitab Veda bagi penganut agama Hindu yang dalam tu ada sebut tentang Nabi Muhammad S.A.W..tajuk dia Kalki Avatar.Kalki Avatar yang dimaksudkan dalam kitab tu adalah penyelamat akhir zaman.dia dilahirkan sebelum ayahnya meninggal dan pada usia 6 tahun ibunya pula meninggal dunia.kemudian datuknya mengambilnya untuk dijaga.bukan itu saja,kitab itu ada juga menyebut tentang Kalki Avatar yang duduk dibawah pohon dimana tiada satu pun dahan dan semua daun telah gugur kecuali satu daun dan apabila daun itu gugur kalki Avatar telah menyambutnya dengan tangan kanan.bukan dalam kitab veda saja,malah dalam kitab Taurat, dan Injil ada juga menyebut perihal Nabi akhir zaman iaitu junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.hal ini dibuktikan dengan penulisan buku oleh seorang profesor india baru-baru ini.ramai yang telah mengetahui akan kebenaran Islam tapi mengapa masih ramai yang tidak mengakui akan kebenaran Islam??