Saturday, May 10, 2014

Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2013

Assalamualaikum..
Keputusan peperiksaan akhir politeknik sesi disember 2013 boleh disemak mualai 15 Mei 2014 menggunakan link dibawah..aku ambik ni kat poli perlis,yang mana poli lain tukorang check la kat laman web poli korang ekh.


tag : keputusan final exam , result final exam , result final exam ptss , result final exam politeknik, result final exam sesi disember 2013 , keputusan peperiksaan akhir politeknik , keputusan peperiksaan akhir sesi disember 2013 politeknik , link result final exam PTSS , link keputusan peperiksaan akhir politeknik

Saturday, February 8, 2014

Kalau Aku Kaya

Kalau aku kaya..ada berbillion-billion dalam akaun bank aku..ada 3 perkara yang aku nak buat.

1.Penuhi kemahuan keluarga aku
Aku nak hantar mama dengan abah aku ke Mekah buat haji dengan umrah tiap-tiap tahun.aku nak belikan phone yang paling mahal dekat mama dengan abah aku..kalau adik aku yang bongsu tu beli phone cikai dah la.baru 6 tahun umur dya.aku nak belikan adik2 aku tiap2 sorang Ipad dengan Iphone 6.ha amek kau.latest punya!aku akan tunaikan setiap permintaan adik2 aku.nak pergi Genting?Legoland?Disneyland?semua aku bawak pergi.heh

2.Nak wujudkan rumah kebajikan
Aku nak bawak semua pakcik-pakcik,makcik-makcik,atok,nenek,adik-adik yang takda tempat tinggal duduk kat sesuatu tempat.kat tempat tu aku nak buat rumah,aku nak buat sekolah,shopping mall,kedai makan n macam-macam lagi.semuanya PERCUMA untuk diorang.

3.Nak bina tempat untuk binatang
Aku nak bina pusat haiwan khas untuk haiwan-haiwan yang takda tempat tinggal,takda makanan.kat situ aku nak buat tempat untuk haiwan-haiwan tu berteduh,makan,pusat rawatan haiwan dan macam-macam lagi.haiwan apa yang nak duduk situ?tak kisah.anjing pun boleh sebab banyak anjing yang takda tempat tinggal dan makanan kan?

Kalau laa aku kaya,aku nak buat 3 benda kat atas tu.kalau la ditakdirkan satu hari nanti aku jadi jutawan ka aku harap aku tak lupa 3 benda kat atas(angan-angan mat jenin)..

Wednesday, November 13, 2013

Result Final Exam Sesi Jun 2013 PTSS

Assalamalaikum...
lama gila aku tak update blog.last update pon masa sem 5 hari tu..sekarang dah nak masuk sem 6 dah cuma tengah tunggu result final exam ja. result kamsis dah pun dapat bagi sesiapa yang tak check lagi aku ada sediakan link kat bawah.korang check la sendiri ekh guna number IC korang dengan number matrix korang as a password.

seperti yang dimaklumkan dalam portal, keputusan final exam akan diumumkan pada 21 /11/2013.dup dap dup dap la nak tunggu result kuar nih.mana taknya,merapu kot jawapan aku dalam tu.yola mana tak merapunya ada ka patut dia tanya apa tu "Etihical Deontology".aku ingt dalam 3-4 markah camtu alih-alih 9 markah dia, ya Allah...aku macam nak menangis dalam dewan tu tau tak..dahla aku duduk depan sekali.aircond plak xda..aisehh.

semester 5 ni banyak sangat benda yang dah jadi kat aku.dengan mamat yang dalam post kat bawah tu pon aku dah tak couple dah.sebabnya aku yang tinggalkan dia dan bukan dya yang tinggalkan aku ok.ermmm..mmg aku jahat pon kan..lantak la..aku cuma nak dia dapat yang terbaik ja.aku mmg bukan yang terbaik untuk dia.lagi pun family dia pon tak suka aku,so aku decide la untuk tinggalkan dia lagi pun aku dah tak rasa yang aku sayangkan dia so buat apa lagi aku nak bersama dengan dia kan??

one more thing,aku dah ada someone yang aku memang sayang sesangat tak kisah la korang nak kata aku ni curang ka apa ka.yang aku tahu,aku memang sayang dia ni NLKP.kami kenal pun dah hampir setahun.aku harap segalanya dipermudahkan oleh yang Maha Esa sebab niat kami baik.sampai sekarang aku still lagi tak boleh nak percaya yang hubungan kami akan pergi sejauh ni sebab dulu aku selalu duduk dekat kolam kat belakang hotel tu dan cakap sorang2 macam orang gila yang aku tak sayangkan dia,aku hanya sayangkan si A tu ja.serius macam mimpi ja.

ok lah taknak dah merapu rapai ni.kat bawah tu ada link untuk check kamsis dengan link untuk check result final exam korang(bukak bila dah smpai 21 nnt lah)bagi yang bukan dari PTSS korang boleh tukar dari PTSS ke nama poli korang contohnya http://spmp.polisas.edu.my/

Friday, November 30, 2012

Result Final Exam PTSS

Assalamualaikum. . .

Untuk makluman kepada semua pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin keputusan bagi Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2012 boleh disemak pada 10 Disember 2012 di sini.Terima Kasih.

Saturday, November 17, 2012

Lets Pray For Gaza

Assalammualaikum. . .

dalam kegembiraan kita menyambut tahun baru,saudara seislam kita sedang menderita di Gaza akibat serangan yang di lakukan oleh rejim zionis.hari demi hari hari,semakin banyak nyawa yang terkorban.kanak-kanak yang sebaya adik kita juga menjadi korban.

islam tidak pernah mengajar umatnya membunuh dengan sengaja.malah Rasulullah juga pernah berpesan supaya didalam peperangan,kita tidak boleh bunuh orang tua,kanak-kanak dan wanita.tapi kenapa israel begitu kejam?tidak hairan lah mengapa darjat mereka sangat hina disisi Allah S.W.T.

dalam kesedihan dan kepiluan kita melihat saudara seislam kita dibunuh dengan kejam di Gaza malah di negera bergolak lain juga,kita seharusnya mendoakan agar Allah menurunkan pertolongan kepada mereka semua.dan kita seharusnya berhenti sebentar berdebat mengenai politik dan barsatu padu memikirkan bagaimana caranya untuk kita membantu saudara kita di Gaza.

walaupun saudara kita sedang dibunuh dengan kejam,namun mereka yang telah mati syahid itu sedang berbahagia di syurga Allah.alangkah indahnya kalau kita juga dapat merasai semua itu.dan rejim zionis yang sedang seronok dengan melancarkan peluru demi peluru,ketahuilah bahawa tempat anda di akhirat nanti jauh lebih teruk dari apa yang telah anda kerjakan di muka bumi milik Allah ini.

ALLAHUAKBAR




marilah kita mengamalkan doa ini bersama-sama. .