Ya Rasulullah,
mendengar nama mu saja,hati ku terusik,
mendengar hadismu membuatkan hatiku pilu,
mendengar kisah mu membuatkan ku menangis.
Ya Rasullullah,
tahukah engkau bahawa umatmu ini amat merinduimu?
tahukah engkau bahawa umatmu ini terlalu ingin bertemu mu?
tahukah engkau bahawa umatmu ini amat mencintaimu?
Ya Rasullullah,
begitu perit riwayat hidupmu,
engkau sanggup di caci di hina demi umatmu dan agamamu,
engkau sanggup memaafkan orang yang ingin membunuhmu,
Ya Allah,sucinya hati kekasihmu ini,
mendengar kisahmu ya Rasullullah membuatkan aku terus mencintaimu,
Ya Rasullah,
biarpun engaku tidak pernah bertemu ku,
dan aku juga tidak pernah bertemumu,
namun ku merasakan cinta yang amat mendalam buatmu,
yang ikhlas lahir dari hati yang penuh titik-titik hitam.
Ya Rasullah,
aku malu dennganmu,
aku bukanlah umatmu yang dapat engkau banggakan di padang masyar,
bukan juga umat yang engkau tercari-cari di padang masyar,
juga bukan umatmu yang ingin engaku berikan syafaat di timbangan mirzan nanti
Ya Rasullullah,
ku tuliskan puisi ini khas untukmu,
bukan untuk ditayangkan didunia,
bukan untuk dibanggakan hasil nukilanku ini,
bukan juga untuk diperdebatkan para pemuisi,
tetapi aku berharap suatu masa nanti engkau akan melihat puisiku ini.
Ya Rasullullah,
cintaku padamu ikhlas,
aku tidak memaksamu untuk memberiku syafaatmu
aku tidak memaksamu untuk mencintaiku,
aku hanya ingin melihat senyumanmu,
senyumanmu itu ibarat penawar kesakitanku,
andai tempatku nanti adalah dineraka dan bukannya syurga.
Ya Allah,
semoga engkau tempatkan Rasullullah di tempat yang tertinggi,
semoga biarpun aku didalam neraka,akan ku dapat lihat wajahnya walaupun hanya seketika.
Ya Rasullullah,
damailah engkau disana,
aku akn sentiasa mendoakan kesejahteraanmu begitu juga umatmu yang lain.
hasil nukilan farida nadia
khas buat orang yang teramat dirindu
.Nabi Muhammad S.A.W
No comments:
Post a Comment